Login | Site map |  English Bahasa Malaysia | 6 active visitors
Google Search
 
  

Hishammuddin perlu buktikan KDN adalah kementerian yang pertama bakal dirobah!
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kementerian yang menjadi tumpuan utama sekarang adalah Kementerian Dalam Negeri .
Apakah benar berlaku pembaharuan kepada Kabinet baru pimpinan
Najib Razak tertakluk kepada perubahan yang dicetuskan oleh menterinya,
Hishammuddin Hussein, iaitu sepupu Najib sendiri?


 

>>  Read more

Archive
 :: Kontijen PAS Kedah bersama PROGRAM CAKNA PRK N41 
 :: Kontijen PAS Kedah bersama PROGRAM CAKNA PRK N41 
 :: Ajak anak khariah makmurkan surau 
 :: TPM dan Umno Kedah salahguna kemudahan Diraja 
 :: Fairus letak jawatan ADUN Penanti -Malaysiakini 
 :: Kedah bantu 85 keluarga mangsa ribut  
 :: Ingatan Buat Pemuda- Pemudi Ku 
 :: Datuk Seri Azizan dicalonkan untuk timbalan Presiden PAS  
 :: Masyarakat Siam tidak dipinggirkan 
 :: S. Manikumar berazam bebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan 
 :: PAS sokong pelantikan Manikumar sebagai Exco Kedah 
 :: 100409hd 
 :: 4 APRIL 2009 - FITNAH JAHAT YANG TERKUTUK  
 :: 5 APRIL 2009-Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!  
 :: 1 april - Penduduk Bukit Selambau mahu Wakil Rakyat sehaluan Kerajaan Negeri  
 :: 5 APRIL 2009 Tanah SAR diguna untuk bina bangunan Umno?  
 :: 050409 k 
 :: 3 mac - senarai exco 
 :: 28 feb - Fitnah kononnya Exco Kedah hina Sultan 
 :: 25 feb - dap dan islam 
 :: ali rustam 
 :: 24 feb - UMNO Derhaka 
 :: 22 Feb - Pas alor setaq 
 :: 18 Feb - Gambar2 jom sertai pas 
 :: 17 Feb - Zamil jahat 
 :: PGM MUSAWAH 
 :: 15 Feb - MB jumpa pegawai Negeri dan persekutuan 
 :: 13 Feb - NIzar saman 
 :: 13 Feb - Nizar saman 
 :: 13 Feb - Presiden PAS 
 :: 12 feb 

BERITA SEMASA

 

Apabila kebencian rakyat membuak-buak

 

Mohd Sabri Said
Fri | Apr 10, 09 | 10:39:48 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 10 April (Hrkh) - Pengarah Pilihan raya PAS N25, Bukit Selambau, Ustaz Mohd Noor Zakaria menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak belum dapat dihayati sepenuhnya oleh rakyat menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah di dua bukit pada pilihan raya kecil 7 April lalu.


Beliau menyambung, bukan disebabkan tidak sempat dihayati oleh rakyat sebaliknya kerana kebencian rakyat telah membuak-buak ekoran kezaliman dan penindasan yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan BN.

"Kekalahan BN bukan disebabkan peralihan kuasa tidak sempat dihayati tetapi kerana atas nama BN rakyat dah benci. Tukarlah siapa pun jadi Perdana Menteri bila rakyat benci BN akan kalah, " jelasnya.

Tegas Ustaz Mohd Noor, kemenangan yang diperolehi wajar dimanafaatkan sebaik mungkin dengan menjalankan amanah yang dimandatkan oleh rakyat Bukit Selambau.

"Jangan sekali-kali petugas Pakatan Rakyat begitu gembira tanpa memikirkan bagaimana menyusun atur Dewan Undangan Negeri (Dun) itu agar beroperasi dengan mengambil kira permasalahan rakyat yang dikesan.

" Berikan masa pada Adun yang memang, S. Manikumar merangka trateji dan plan tindakan seterusnya sebelum jentera yang diatur memainkan peranan baik pulih kekurangan sewaktu YB Arumugam di pilih sebagai Adun pada 8 Mac 2008 dulu.

"Ingatan pada petugas jangan terlalu gembira terhadap kemenangan itu tanpa bersama Adun duduk berbincang dan mengatur strateji baru sebagai kerangka atau plan mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat, " jelasnya.

Menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin itu beliau sekali lagi menyifatkan sokongan terhadap BN semakin merudum tambahan lagi di bawah pemerintahan Najib yang banyak skandal.

Lebih malang lagi katanya, Umno sudah tidak releven untuk orang melayu berpaut berbanding PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang nyata lebih ke hadapan menangani isu yang memerlukan keprihatinan rakyat.

"Sekarang ini Umno dah tak banyak membantu rakyat macam di era 70an. Sekarang ini mereka lebih mementing projek kenyangkan perut sendiri, " ujar beliau yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Merbok. - mks._

 

 
[13/04/2009 11:19 - huffaz]