Login | Site map |  English Bahasa Malaysia | 4 active visitors
Muktamar menuntut kematangan PAS menetapkan hala tuju

Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa

Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini dijangka menarik kerana parti ini mengadakan muktamarnya dalam suasana kemunculan Pakatan rakyat sebagai pesaing kuat Barisan Nasional.

Dalam pakatan rakyat PAS merupakan parti terbesar dari segi bilangan ahli, cawangan dan jentera serta organisasi. Apatah lagi buat masa ini rekod PAS dianggap terbaik setelah 1969 dengan 28 kerusi di Parlimen dan yang terbanyak pada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.


>>  Read more

Menegur pemimpin perlu dilakukan secara bijaksana

  Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat
sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang
positif dan ikhlasberjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu
ditadbir dengan baik

>>  Read more

Pautan


 



>>  Read more

Ajak anak khariah makmurkan surau
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR:  Jawatankuasa Surau perlulah memainkan peranan dalam usaha mengajak anak kariah di kawasan mereka supaya mendekati surau agar ia mampu melahirkan umat yang cemerlang dan berakhlak mulia.

 



Dengan adanya penglibatan anak kariah, ia secara tidak langsung berupaya membina satu masyarakat yang berilmu serta mendidik diri menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, YB. Dato’ Mahfuz Omar menjelaskan, masyarakat hari ini perlu disedarkan tentang betapa pentingnya ilmu agama yang perlu diterapkan di hati mereka.

Menurutnya, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam usaha mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya agar kelak mereka mampu menjadi insan yang beriman dan bertakwa.

“Solat adalah asas penting dalam membentuk nilai peribadi yang mulia serta berupaya membina keyakinan diri dengan akidah yang kukuh serta mampu menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan bersama penduduk Taman Sireh selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Nurul Hikmah, Taman Sireh, Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini.

Beliau berkata, penyertaan jemaah di setiap surau yang didirikan mampu mengimarahkan surau berkenaan di samping mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dalam usaha menarik minat penduduk untuk mendekati surau.
“Kuliah agama yang diadakan di surau adalah antara aktiviti keagamaan yang harus diteruskan dalam usaha menjana ilmu pengetahuan ke arah melahirkan umat Islam yang beriman dan bertakwa,” jelasnya.

Tambahnya, usaha yang berterusan dalam usaha mengajak jemaah untuk mendekati surau harus diambil tanggungjawab oleh semua penduduk yang beragama Islam.

Untuk merealisasikan hasrat yang murni itu, katanya, kesabaran perlu ada pada setiap Jawatankuasa Surau ke arah menggerakkan usaha berkenaan agar ia tercapai dengan jayanya.

Sekiranya Jawatankuasa Surau Taman Sireh menghadapi masalah terutama dari segi kewangan dalam membina surau baru, beliau menjelaskan, mereka boleh memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

“Saya harap Jawatankuasa Surau Taman Sireh dapat bersabar kerana segala keperluan bantuan yang akan diberikan itu dapat dipenuhi sekiranya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Majlis Ketua Kampung (MKK) perlulah memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh setiap penduduk agar bentuk bantuan dapat disalurkan kepada mereka dengan lebih baik dan sempurna.

“Di sinilah letaknya peranan yang harus dimainkan oleh MKK yang merupakan mata dan telinga kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kampung mereka agar ianya dapat ditangani dengan segera,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, YB. Tuan Haji Md. Rohsidi Haji Osman; Pengerusi Surau Nurul Hikmah Taman Sireh, Mohamad Zalani Mat Desa; Setiausaha Surau, Hamdan Ismail; Penolong Setiausaha Surau, Shuib Abas dan Bendahari Surau, Assaduzaman Hj. Harun.

Google Search
 
  


Usia kita semakin sedikit



>>  Read more

Kabinet ikan busuk
Oleh Dato Mahfuz Omar

KABINET  Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak
telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah
Perdana Menteri mengangkat sumpah.Media massa pro-BN dengan
segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan
slogan "Satu Malaysia ?


>>  Read more

Rakyat tolak politik kotor BN
Oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya
dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan
dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir.
Mohammad Nizar
Jamaluddin

>>  Read more

Malaysia ditahap 'jakun' demokrasi
Oleh Mohammad Sabu

Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.

 

>>  Read more

Senarai alamat pejabat PAS kawasan
Senarai alamat pejabat PAS kawasan


gambar & video

khamis 24March2009 Malam
Keganasan FRU Sungai Petani


KEDAH SEJAHTERA (Pendidikan)

Amanat Tuan Guru Murshidul Am
   
KEDAH SEJAHTERA (Pentadbiran)

PenamaanCalon


>>  Read more

 
 Hit Counters
Kedah Sejahtera

>>  Read more

Archive
 :: berita kedah dan berita nasional