|
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri, Ustazah Aishah Ghazali berkata, bantuan tersebut merupakan sumbangan pendahuluan dan akan diberikan kemudian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bila mana semua proses pendaftaran selesai.
Justeru itu, beliau berharap mereka yang terlibat dengan musibah itu membuat laporan polis terdahulu sebagai bukti sebelum semua peruntukan itu diberikan.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah memperuntukan wang untuk meringgankan masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ. Kita bersimpati dan berharap semuanya bersabar, " ujarnya.
Sebelum itu, beliau yang di temani Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Ustaz Mohd Noor Zakaria mengucapkan terimakasih pada semua jentera Pakatan Rakyat Unit Peti Undi (UPU) Bukir Rusa kerana cepat bertindak cergas semalam membersihkan kawasan yang dilanda ribut sekitar jam 5.00 petang.
Hujan lebat dan ribut petir tidak menghalang jentera PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk membantu menebang pokok dan mengangkat barangan yang rosak akibat terkena hujan.
Ketua Cawangan PAS Taman Kelisa Jaya, Ahmad Kamarul Osman menegaskan, MIC dan Umno juga cuba membantu untuk menarik perhatian penduduk yang kebanyakan kaum India yang telah berpaling tadah menyokong Pakatan Rakyat sejak pilihanraya umum ke-12 lalu.
PAS Cawangan juga mengucapkan terimakasih pada jentera ke dua-dua parti Pakatan Rakyat yang telah menyumbangkan perbelanjaan jentera yang ditugaskan membersihkan kawasan berkenaan.
|