Muktamar menuntut kematangan PAS menetapkan hala tuju
Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa
Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini dijangka menarik kerana parti ini mengadakan muktamarnya dalam suasana kemunculan Pakatan rakyat sebagai pesaing kuat Barisan Nasional.
Dalam pakatan rakyat PAS merupakan parti terbesar dari segi bilangan ahli, cawangan dan jentera serta organisasi. Apatah lagi buat masa ini rekod PAS dianggap terbaik setelah 1969 dengan 28 kerusi di Parlimen dan yang terbanyak pada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.
KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat
sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang
positif dan ikhlasberjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu
ditadbir dengan baik
Datuk Seri Azizan dicalonkan untuk timbalan Presiden PAS
Oleh UtaraOnline
Sehingga kini, tiga pemimpin kanan PAS telah dicalonkan untuk menjadi timbalan Presiden PAS iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Seri Azizan Razak dan Haji Mohamad Sabu.
Husam dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya, Selangor dalam mesyuarat agung mereka Ahad lepas.
zizan dicalonkan oleh PAS kawasan Temerloh, Pahang manakala Mohamad dicalonkan oleh PAS kawasan Batu, Wilayah Persekutuan.
Pencalonan mereka dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa kawasan setelah mendapat mandat dari mesyuarat agung.
Sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.
Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi muka baru yang popular sehingga kini untuk dipilih sebagai naib Presiden PAS.
Beliau dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.
Kelana Jaya mencalonkan Mohamad Sabu, Nizar dan Taib Azamudin untuk naib presiden manakala Temerloh mencalonkan Mohamad Sabu, Husam dan Nizar untuk jawatan itu.
Siasah difahamkan, beberapa kawasan PAS telah mengadakan mesyuarat agung mereka hujung minggu lalu tetapi menyerahkan pencalonan mereka kepada Jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan.
Muktamar PAS akan diadakan awal Jun depan dan Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali ini.
KABINET Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak
telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah
Perdana Menteri mengangkat sumpah.Media massa pro-BN dengan
segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan
slogan "Satu Malaysia ?
Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya
dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan
dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir.
Mohammad Nizar
Jamaluddin
Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.