Muktamar menuntut kematangan PAS menetapkan hala tuju
Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa
Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini dijangka menarik kerana parti ini mengadakan muktamarnya dalam suasana kemunculan Pakatan rakyat sebagai pesaing kuat Barisan Nasional.
Dalam pakatan rakyat PAS merupakan parti terbesar dari segi bilangan ahli, cawangan dan jentera serta organisasi. Apatah lagi buat masa ini rekod PAS dianggap terbaik setelah 1969 dengan 28 kerusi di Parlimen dan yang terbanyak pada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.
KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat
sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang
positif dan ikhlasberjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu
ditadbir dengan baik
S. Manikumar berazam bebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan
Oleh: AMELIA HASHIM
Pemilihannya S. Manikumar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil kawasan DUN Bukit Selambau telah membuka lembaran baru dalam hidupnya yang menuntut perjuangan yang lebih serius.
Disamping bantuan parti komponen, beliau sendiri turun ke bawah untuk berkempen. Beliau berjalan dari rumah ke rumah sebaik selesai penamaan calon. Jiwanya terkesan melihat kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung.
“Pendapatan antara RM500 hingga RM700 untuk masa ini memang tidak cukup untuk menanggung sebuah keluarga. Apalagi sekiranya terdapat tiga atau empat orang anak yang masih bersekolah,” ujarnya.
Atas kesedaran ini beliau bertekad mahu membantu masyarakat membawa keluar dari garis kemiskinan terutama di luar-luar bandar.
S. Manikumar, 35, sebelum terpilih sebagai calon, menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan mempunyai masa sanggang yang agak selesa. Kini, tentulah hal tersebut tidak berulang lagi kerana amanah yang dipikulnya adalah berat tertutama sebagai Exco yang dipertangungjawabkan menjaga kebajikan kaum India dan Siam.
Selain masalah kemiskinan, rakyat keturunan India yang bergama Hindu di Kedah juga menghadapi masalah tapak kuil. Katanya, kebanyakan kuil yang ada didirikan sebelum merdeka di atas tanah milik pihak-pihak tertentu. Masalah sepatutnya sudah lama diselesaikan oleh MIC bersama Barisan Nasional.
“Kalau kuil-kuil itu didirikan atas tanah milik kerajaan senang kita uruskan, tetapi kebanyakan dirikan di atas tanah milik individu tertentu. Saya cadangkan supaya ada satu modus oprandi yang boleh dijadikan contoh oleh semua kuil bagi mengelak berlakunya kepincangan,
“Persatuan Hindu (Hindu Samgam) yang mentadbir kuil-kuil sepatutnya tampil ke depan untuk berbincang supaya pembinaan kuil bersistematik bukan dibina di sebarangan tempat. Selain itu paderi-paderi juga perlu diberi kursus bagi mentadbir kuil supaya kelihatan bersih dan teratur,’’ katanya.
Ujarnya lagi, masyarakat India dari tanah asal di India ketika dibawa ke sini mendiami ladang-ladang milik pedagang British sebagai pekerja. Apabila ladang-ladang itu dijual mereka ini menghadapi masalah tempat tinggal.
“Masalah tempat tinggal yang tidak terjamin berlarutan lebih seratus tahun. Saya berazam mahu selesaikan masalah ini,’’ katanya.
Mohamdas Karamchand Ghandi menjadi idola yang dikagumi. Keperibadian serta amalan tokoh itu menjadi ikutannya. Manikumar mendedahkan bahawa penglibatannya dalam perniagaan membawa beliau ke luar negara untuk lawatan sambil belajar dan mencacari inspirasi baru untuk kemajuan perniagaan yang diceburi. Antara negara yang pernah dilawati Jepun, India, China, Tanzania, Qatar dan Burma.
Manikumar mempunyai keistimewaan tersendiri sejak dibangku sekolah iaiyu bakat melukis kartun. Bakat itu dijadikan saluran untuk memaparkan buah fikiran tentang gelodak masyarakat. Sesuai dengan suasana ketika dibangku sekolah lukisan kartun-kartunnya bertemakan pendidikan dan komen terhadap guru-guru dan kawan-kawan pelajar. Kartun-kartun ini menghiasi majalah sekolahnya iaitu Warta Kolej.
Kini, selain ADUN Bukit Selambau S. Manikumar adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah yang memegang potfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
KABINET Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak
telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah
Perdana Menteri mengangkat sumpah.Media massa pro-BN dengan
segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan
slogan "Satu Malaysia ?
Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya
dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan
dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir.
Mohammad Nizar
Jamaluddin
Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.