Login | Site map |  English Bahasa Malaysia | 2 active visitors
Muktamar menuntut kematangan PAS menetapkan hala tuju

Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa

Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini dijangka menarik kerana parti ini mengadakan muktamarnya dalam suasana kemunculan Pakatan rakyat sebagai pesaing kuat Barisan Nasional.

Dalam pakatan rakyat PAS merupakan parti terbesar dari segi bilangan ahli, cawangan dan jentera serta organisasi. Apatah lagi buat masa ini rekod PAS dianggap terbaik setelah 1969 dengan 28 kerusi di Parlimen dan yang terbanyak pada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.


>>  Read more

Menegur pemimpin perlu dilakukan secara bijaksana

  Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat
sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang
positif dan ikhlasberjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu
ditadbir dengan baik

>>  Read more

Pautan


 



>>  Read more

PAS sokong pelantikan Manikumar sebagai Exco Kedah
Oleh Mohd Nor Yahya

Perlantikan Adun Bukit Selambau S. Manikumar dari PKR sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah amat bertepatan dengan janji yang dibawa kepada pengundi di Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pohon Sena, Dato' Mahfuz Omar ketika ditemui di majlis ceramah isu semasa di Kawasan Perumahan Kadok dalam Parlimen Ketereh.

 

Mahfuz juga berkata, sokongan kaum India di Bukit Selambau terhadap kepimpinan yang diterajui oleh PAS di Kedah seharusnya dihargai dan kerajaan tidak akan meminggirkan kaum India, Cina dan Siam yang ada di Kedah dalam segala aspek.

Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Manikumar sebagai Exco Kedah dan menunjukkan Menteri Besar Kedah menunaikan janji kepada kaum India bahawa Adun Bukit Selambau itu akan dilantik sebagai exco dan memberi khidmat terbaik kepada negeri.

"Saya berkeyakinan dengan kebolehan dan kewibawaan beliau, beliau akan mampu menunaikan tanggungjawab dalam membantu Menteri Besar dan Exco lain dalam membangunkan Kedah demi kepentingan umum," ujarnya.

Menyentuh tentang penglibatan Manikumar dalam politik masih baru, Mahfuz berkata, wakil rakyat lain pun baru juga dan yang menjadi exco itu pun baru setahun dan ini tidak timbul soal baru dalam politik tetapi pengalaman beliau sebagai aktivis parti dapat membantu memajukan kaum india di Kedah.

"Yang penting sekarang ialah Umno/BN mesti menghentikan provokasi untuk mengambil alih kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui rampasan kuasa, biarkan kerajaan ini mentadbir sehingga pilihan raya umum akan datang dan selepas itu kita bagi pada rakyat untuk membuat pilihan," kata beliau lagi.

Mahfuz juga berharap masyarakat India di Kedah dapat memberi kerjasama kepada Adun Bukit Selambau yang baru untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin tanpa menaruh sifat dendam dan iri hati kepada beliau.

S. Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star Pagi semalam. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR. Menteri Besar Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Dato' Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu. - mns_


 

Google Search
 
  


Usia kita semakin sedikit



>>  Read more

Kabinet ikan busuk
Oleh Dato Mahfuz Omar

KABINET  Malaysia di bawah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Razak
telahpun diumumkan pada Khamis lepas, iaitu lima hari sesudah
Perdana Menteri mengangkat sumpah.Media massa pro-BN dengan
segera melabelkan kabinet ini sebagai berjiwa rakyat dengan
slogan "Satu Malaysia ?


>>  Read more

Rakyat tolak politik kotor BN
Oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya
dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan
dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir.
Mohammad Nizar
Jamaluddin

>>  Read more

Malaysia ditahap 'jakun' demokrasi
Oleh Mohammad Sabu

Cara pilihan raya dijalankan di Malaysia masih belum berubah dan berada di takuk lama. Kebebasan berkempen, bersuara, berkomunikasi dalam media tetap di tahap jakun yang amat sangat.

 

>>  Read more

Senarai alamat pejabat PAS kawasan
Senarai alamat pejabat PAS kawasan


gambar & video

khamis 24March2009 Malam
Keganasan FRU Sungai Petani


KEDAH SEJAHTERA (Pendidikan)

Amanat Tuan Guru Murshidul Am
   
KEDAH SEJAHTERA (Pentadbiran)

PenamaanCalon


>>  Read more

 
 Hit Counters
Kedah Sejahtera

>>  Read more

Archive
 :: berita kedah dan berita nasional