|
"Kekalahan BN bukan disebabkan peralihan kuasa tidak sempat dihayati tetapi kerana atas nama BN rakyat dah benci. Tukarlah siapa pun jadi Perdana Menteri bila rakyat benci BN akan kalah, " jelasnya.
Tegas Ustaz Mohd Noor, kemenangan yang diperolehi wajar dimanafaatkan sebaik mungkin dengan menjalankan amanah yang dimandatkan oleh rakyat Bukit Selambau.
"Jangan sekali-kali petugas Pakatan Rakyat begitu gembira tanpa memikirkan bagaimana menyusun atur Dewan Undangan Negeri (Dun) itu agar beroperasi dengan mengambil kira permasalahan rakyat yang dikesan.
" Berikan masa pada Adun yang memang, S. Manikumar merangka trateji dan plan tindakan seterusnya sebelum jentera yang diatur memainkan peranan baik pulih kekurangan sewaktu YB Arumugam di pilih sebagai Adun pada 8 Mac 2008 dulu.
"Ingatan pada petugas jangan terlalu gembira terhadap kemenangan itu tanpa bersama Adun duduk berbincang dan mengatur strateji baru sebagai kerangka atau plan mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat, " jelasnya.
Menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin itu beliau sekali lagi menyifatkan sokongan terhadap BN semakin merudum tambahan lagi di bawah pemerintahan Najib yang banyak skandal.
Lebih malang lagi katanya, Umno sudah tidak releven untuk orang melayu berpaut berbanding PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang nyata lebih ke hadapan menangani isu yang memerlukan keprihatinan rakyat.
"Sekarang ini Umno dah tak banyak membantu rakyat macam di era 70an. Sekarang ini mereka lebih mementing projek kenyangkan perut sendiri, " ujar beliau yang juga Ketua Urusan Ulama PAS Merbok. - mks._
|