| "Perpustaan Desa akan dikembangkan selaras dengan permintaan terutamanya di lokasi astet yang terdapat masyarakat India dan Cina seperti Dun Bukit Selambau dan Parlimen Padang Serai," jelas Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Dr. Hamdan mohamed khalib.
Terang beliau lagi, jika sesebuah kampung itu sudah mempunyai tanah yang dikhaskan untuk membangunkan bangunan Perpustakaan Desa ianya lebih memudahkan tindakan.
Jika belum, Majlis Ketua Kampung (MKK) kena mendapatkan kebenaran mana-mana individu untuk dibangunkan bangunan dengan kos RM50 ribu. Jika selesai semunya ia akan diuruskan oleh satu Jawatankuasa di bawah pemantauan MKK.
Dr. Hamdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri menambah, bukan sahaja Kerajaan Negeri ini memperlebarkan peranan Perpustaan Desa malahan akan turut mempromosikan Muzium yang ada di Kedah.
Sebenarnya di Kedah terdapat enam Muzium iaitu Muzium Negeri, Muzium Padi, Muzium Diraja, Momorial Tunku Abdul Rahman, Balai Seni dan terbaru Galeri Sultan Abdul Halim.
Muzium ini akan diperkenalkan sebagai satu tempat yang penting untuk pelajar sekolah menambah ilmu lebih-lebih lagi mereka yang berminat dalam kajian sejarah.
"Bukan Perpustakaan Desa sahaja Kerajaan Negeri akan meningkatkan peranannya bahkan keenam-enam Muzium yang ada di Kedah," ujar beliau. - mns_
|