Login | Site map |  English Bahasa Malaysia | 2 active visitors
Google Search
 
  

Hishammuddin perlu buktikan KDN adalah kementerian yang pertama bakal dirobah!
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kementerian yang menjadi tumpuan utama sekarang adalah Kementerian Dalam Negeri .
Apakah benar berlaku pembaharuan kepada Kabinet baru pimpinan
Najib Razak tertakluk kepada perubahan yang dicetuskan oleh menterinya,
Hishammuddin Hussein, iaitu sepupu Najib sendiri?


 

>>  Read more

Archive
 :: Kontijen PAS Kedah bersama PROGRAM CAKNA PRK N41 
 :: Kontijen PAS Kedah bersama PROGRAM CAKNA PRK N41 
 :: Ajak anak khariah makmurkan surau 
 :: TPM dan Umno Kedah salahguna kemudahan Diraja 
 :: Fairus letak jawatan ADUN Penanti -Malaysiakini 
 :: Kedah bantu 85 keluarga mangsa ribut  
 :: Ingatan Buat Pemuda- Pemudi Ku 
 :: Datuk Seri Azizan dicalonkan untuk timbalan Presiden PAS  
 :: Masyarakat Siam tidak dipinggirkan 
 :: S. Manikumar berazam bebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan 
 :: PAS sokong pelantikan Manikumar sebagai Exco Kedah 
 :: 100409hd 
 :: 4 APRIL 2009 - FITNAH JAHAT YANG TERKUTUK  
 :: 5 APRIL 2009-Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!  
 :: 1 april - Penduduk Bukit Selambau mahu Wakil Rakyat sehaluan Kerajaan Negeri  
 :: 5 APRIL 2009 Tanah SAR diguna untuk bina bangunan Umno?  
 :: 050409 k 
 :: 3 mac - senarai exco 
 :: 28 feb - Fitnah kononnya Exco Kedah hina Sultan 
 :: 25 feb - dap dan islam 
 :: ali rustam 
 :: 24 feb - UMNO Derhaka 
 :: 22 Feb - Pas alor setaq 
 :: 18 Feb - Gambar2 jom sertai pas 
 :: 17 Feb - Zamil jahat 
 :: PGM MUSAWAH 
 :: 15 Feb - MB jumpa pegawai Negeri dan persekutuan 
 :: 13 Feb - NIzar saman 
 :: 13 Feb - Nizar saman 
 :: 13 Feb - Presiden PAS 
 :: 12 feb 

BERITA SEMASA

PAS Kawasan Alor Setar tambah kekuatan


Alor Setar: Pakatan Rakyat sedang bergerak dalam gelombang kedua selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu dan akan mengambil alih kuasa di peringkat Pusat selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Dr. Ismail Salleh sedang menerima 136 borang keahlian PAS dan Ketua
Cawangan PAS Kampung Padang Luar, Md Jelani Hassan.

Demikian keyakinan yang diberikan oleh ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh sewaktu berucap di majlis penerimaan 136 borang keahlian baru PAS di kampong Padang Luar, Tok Sibil, dalam kawasan DUN Alor Mengkudu.

Menurut Dr. Ismail, berkembangan yang menarik itu bukan hanya berlaku di kawasan Alor Setar sahaja, bahkan di seluruh negeri Kedah.

“Kemasukan ahli-ahli baru yang terdiri dari golongan muda ke dalam PAS amatlah mengejutkan, mereka mewakili golongan yang tidak nampak masa hadapan rakyat jika negara terus menerus berada di bawah BN,” ujar beliau.

Dr. Ismail yang juga selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak hanya bergembira menerima sokongan kuat rakyat kerana kehancuran UMNO.

“Sebaliknya biarlah kita bangun dengan kekuatan kita sendiri, setiap ahli yang menyertai PAS kena memberi komitmen sepenuhnya sebagai ahli, berpegang kepada prinsip dan matlamat perjuangan.

“Kita berbeza dengan UMNO yang meletakkan kebendaan sebagai keutamaan sebaliknya asas perjuangan kita ialah untuk menuntut keredhaan Allah,” tegasnya.
Beliau menambah, selepas BN kalah teruk di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mereka semakin bercelaru dan mula sedar bahawa BN sebagai parti yang berkuasa sudah berada di penghujung usia.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak, katanya, adalah menggambarkan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk meneruskan hayat politik mereka sekalipun dengan cara tidak bermaruah dan melalui ‘pintu belakang.’

“InsyaAllah, tuan-tuan jangan bimbang di Kedah rampasan kuasa seperti itu tidak akan berlaku walaupun kita tahu mereka tidak henti-henti berusaha mendapatkan ADUN yang sanggup melompat,” ujar Dr. Ismail.

Di majlis tersebut, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu telah mengedarkan bola dan jersi kepada cawangan-cawangan Pemuda PAS yang disampaikan oleh Dr. Ismail sendiri.

 Print this Send to friend Give your opinion